Lawatan Delegasi CJEI

Lawatan Delegasi CJEI Bienniel Meeting

Tarikh :
25/3/2010
 

Sempena CJEI Biennial Meeting yang dianjurkan oleh Mahkamah Persekutuan Malaysia dengan kerjasama Commonwealth Judiciary Education Institute (CJEI) pada 23 hingga 286 Mac 2010, Mahkamah Melaka telah menerima lawatan pasangan delegasi seramai 8 orang yang terdiri daripada:

  1. Dr. Wesley Miller- Bermuda.
  2. Mrs. Aloyesius Iyorher Katsina-Alu, Nigeria.
  3. Mrs. M.S.Muntaka-Coomassie, Nigeria.
  4. Mrs. C.M. Chukwuma-Eneh, Nigeria.
  5. Mrs. Selina Palmer, Solomon Islands.
  6. Lady Norma- Byron.
  7. Mrs. Jaccquie Collins-Canada
  8. Mrs. Marie-France Macgregor, Seychelles.

Lawatan ini telah diadakan pada 25 Mac 2010.  Rombongan ini telah diiringi oleh Puan Hajjah Azizah binti Yusof , Pengarah Bahagian Sumber Manusia, Mahkamah Persekutuan Malaysia berserta dengan 2 orang pegawai dari Mahkamah Persekutuan Malaysia.

Rombongan telah menaiki bas yang disediakan oleh pihak BHEUU dan tiba di tol Ayer Keroh Melaka jam 9.40 pagi.  Rombongan telah disambut dengan “Welcome Drinks” di Botanical Café, Ayer Keroh.  Lawatan dimulakan dengan menaiki bot (River Cruise) menyusur Sungai Melaka  dari Taman Rempah Ratus Melaka.  Selepas itu delegasi di bawa ke “The Heritage Museum” (Baba/Nyonya Culture).  Di sini penerangan mengenai adat istiadat Baba/Nyonya disampaikan oleh Puan Cristina.

Lawatan berhenti jam 12.00 tengahari bagi makan tengahari yang dianjurkan oleh pihak Pejabat YB Setiausha Kerajaan Negeri Melaka bertempat di Restoran Ole Sayang.  Selepas menikmati makan tengahari, majlis penyampaian cenderahati telah disempurnakan oleh Puan Zaharah binti Hussain, Hakim Sesyen 2, Mahkamah Melaka.

Delegasi di bawa ke A’ Famosa untuk melihat kesan sejarah peninggalan Belanda.  Lawatan diteruskan dengan menikmati pemandangan Negeri Melaka dengan menaiki Menara Taming Sari.  Selepas itu delegasi di bawa ke Dataran Pahlawan untuk membeli ole-ole dari Melaka sebagai kenang-kenangan.

Delegasi telah berangkat balik ke Kuala Lumpur jam 4.30 petang.



Pic1
 
Pic5
 
Pic4
 
Pic6
 
Pic3

 
Pic7

 

Total visitors to the Portal : 100,850
Last updated : 24 March 2017