Bar & Bench Games

“Bar & Bench Games 2010”

Tanggal 26 jun 2010 telah berlangsungnya satu perlawanan antara Malacca Bar Commitee dan Kakitangan Mahkamah Melaka bertempat di Kolej Perubatan Manipal, Melaka. Lima acara dipertandingkan dalam perlawanan yang bermula pada pukul 2 petang itu. Antara acara yang dipertandingkan adalah Ping Pong, Badminton, Bola Jaring, Futsal Wanita dan Bola Sepak.

                Acara dimulakan dengan permainan Ping Pong pada jam 2.30 petang. Mahkamah Melaka diwakili oleh En. Isa, En. Syed, En. Hassan dan Pn. Normila. Setelah hampir 1 setengah jam berhempas pulas, akhirnya Mahkamah Melaka tewas 1-4 di tangan pihak lawan. Walau bagaimana pun, ini tidak mematahkan semangat pasukan Ping Pong Mahkamah Melaka.

                Pada jam 3.00 petang, acara Badminton dimulakan. Pasukan Badminton Melaka dibarisi oleh Tuan Abu Bakar & isteri, Tuan Mohd Fairuz,Tn. Hadi, En. Saba, En. Irwan, En. Zaidi, Pn. Nurul Halifah dan Pn. Nurul Hidayati.  Namun nasib tidak menyebelahi Mahkamah Melaka apabila tewas walaupun persembahan yang mantap dan bersungguh- sungguh telah diberikan.  Acara tamat pada pukul 4.00 petang.

                Acara Bola Jaring pula mengambil tempat seterusnya pada pukul 4.30 petang. Pemain Mahkamah Melaka memulakan permainan dengan bergaya dengan menjaringkan 3 jaringan pada mulanya pada separuh masa pertama dan berakhir dengan 3-2. Walaubagaimana pun pihak lawan mendahului Mahkamah Melaka dengan tambahan lima lagi jaringan pada separuh masa kedua menjadikan pihak lawan menang 7-5. Namun pasukan Bola Jaring Mahkamah Melaka tidak sesekali berputus asa dan kecewa dengan kekalahan tersebut, ini kerana kekalahan pertama bagi pasukan Bola Jaring Mahkamah Melaka semenjak dari awal pertandingan antara Mahkamah Melaka dan Malacca Bar Commitee diadakan. Ketiadaan pemain-pemain harapan juga menjadikan antara penyebab kekalahan pasukan Bola Jaring pada kali ini. Dan pasukan Bola Jaring Mahkamah Melaka berazam akan menebus kembali kekalahan pada masa akan datang.

                Seterusnya acara Futsal Wanita mengambil tempat pada jam 5.30 petang. Pasukan Mahkamah Melaka dibarisi oleh Pn. Nora, Pn. Marinie, Pn. Suzamzarina, Pn. Afizah dan Pn. Zarahaini. Pasukan Mahkamah Melaka berjaya membelasah pihak lawan 4-1 pada separuh masa pertama. Dan menyumbatkan 2 lagi gol pada separuh masa kedua. Peluang tidak diberikan kepada pihak lawan walaupun pihak lawan member tentangan yang hebat dan mencuba pelbagai strategi untuk membolosi gol Mahkamah Melaka. Ini menjadikan pasukan Mahkamah Melaka johan bagi acara Futsal Wanita buat kali kedua berturut-turut.

                Acara terakhir pada petang itu ialah permainan Bola Sepak. Permainan dimulakan pada pukul 5.30 petang. Pasukan Mahkamah Melaka berjaya membolosi gol pihak lawan sebanyak 3 gol pada separuh masa pertama. Dan pada separuh masa kedua pasukan Mahkamah Melaka tidak leka dengan menyumbatkan lagi 2 gol menjadikan pasukan Mahkamah Melaka menang bergaya 5-0. Antara penyumbang gol pada petang itu ialah En. Shamsul dan En. Azmeer selain gabungan tenaga dan komitmen yang tinggi diberikan oleh semua pemain. Permainan tamat pada pukul 6.45 petang.

                Keseluruhan permainan Mahkamah Melaka tewas kepada pihak lawan. Tetapi menang kalah dalam pertandingan bukanlah menjadi satu ukuran, tetapi semangat kerjasama dan keazaman yang tinggi yang ditunjukkan oleh semua pemain yang harus dibanggakan. Tahniah diucapkan kepada yang menang, dan kepada yang kalah, jangan berputus asa. Masa hadapan kita cuba lagi. Dengan berat hati Piala Pusingan pada tahun ini terpaksa beralih tangan kepada pihak lawan.

 

badminton

Pasukan Badminton Lelaki Mahkamah Melaka

 

football_2

Pasukan bolasepak pihak lawan sedang cuba menyumbatkan gol ke gawang Mahkamah Melaka

 

football

Acara Penyampaian Hadiah Pasukan Bolasepak Mahkamah Melaka

 

ping_pong_2

Perlawanan Ping Pong Mahkamah Melaka dan pasukan lawan

 

e

Total visitors to the Portal : 104,846
Last updated : 25 May 2017