Majlis Makan Malam KSKMM 2010
Majlis Makan Malam Mahkamah Melaka Tahun 2010

Tarikh :
27/3/2010
 

Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Mahkamah-Mahkamah Negeri Melaka (KSKMM) telah menganjurkan Majlis Makan Malam KSKMM 2010 pada 27 Mac 2010 bersamaan dengan hari Sabtu bertempat di Botanikal Cafe, Ayer Keroh Melaka.

            Majlis Makan Malam yang bertemakan ‘Black N Red Affair’ tersebut merupakan cetusan idea AJK KSKMM tampak ekslusif dan meriah sekali ditambah lagi dengan kehadiran Tetamu Kehormat Y.A Datuk Halijah binti Abbas, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Melaka dan juga  Y.B Datuk Meor Hashimi bin Abdul Hamid selaku Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka bersama-sama isteri beliau.

            Turut memberi sokongan padu, Pengarah Mahkamah-mahkamah Negeri Melaka iaitu Puan Al-Baishah bte Abd Manan bersama Pegawai-pegawai Kehakiman yang bertugas di negeri Melaka turut hadir bagi memeriahkan majlis. Majlis Makan Malam ini jugamenyaksikan kehadiran tetamu jemputan yang terdiri daripada Pegawai-pegawai Perundangan yang bertugas di Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka.

            Seawal jam 7.00 malam  para tetamu yang terdiri daripada kakitangan mahkamah telah mendaftarkan diri dan setiap seorang diberikan hadiah istimewa daripada KSKMM yang berupa sebuah mug. Majlis yang dihadiri seramai 180 orang itu bermula  pada jam 8.00 malam dengan ketibaan Y.A Datuk Halijah binti Abbas yang disambut dengan sejambak bunga oleh wakil sekumpulan kanak-kanak yang menggelarkan diri mereka ‘Wonderful Girls’ yang turut membuat persembahan pada malam tersebut.

            Selanjutnya, majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Majistret Tuan Mohd Hazri bin Hanafi. Suasana dewan menjadi riuh rendah dengan sorakan dan tepukan gemuruh daripada tetamu yang hadir apabila majlis diteruskan dengan persembahan tarian yang mencuit hati oleh ‘Wonderful Girls’ dengan iringan lagu latar “Nobody”.

            Kemudiannya, para jemputan mula dihidangkan dengan set makanan ‘Chinese Cuisine’ yang dihidangkan oleh pihak Botanikal Cafe.

            Tidak cukup dengan itu, Majlis Makan Malam KSKMM 2010 kali ini turut diserikan dengan pertandingan persembahan oleh kakitangan daripada setiap unit iaitu Unit Mahkamah Tinggi,  Unit Mahkamah Sesyen, Unit Mahkamah Majistret dan juga Pusat Tanggung Jawab Mahkamah-Mahkamah Melaka. Tambah meriah lagi apabila acara-acara persembahan ini turut diselangi dengan upacara penyampaian hadiah bagi 50 cabutan bertuah yang disediakan oleh kelab serta hadiah bagi pertandingan Sukan Dalaman Mahkamah Melaka yang berlangsung pada 6 Mac 2010 yang lepas. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh kesemua tetamu kehormat yang terdiri daripada Y.A Datuk Halijah bte Abbas, Y.B Datuk Meor Hashimi bin Abdul Hamid, Puan Al-Baishah bte Abd Manan, Puan Zaharah bte Hussain dan Puan Elesabet Paya Wan.

            Unit Mahkamah Majistret Melaka Tengah telah diundi untuk memulakan persembahan pada malam tersebut. Persembahan yang bertemakan 1 Malaysia itu mencuri perhatian para hadirin dengan  Tarian Joget Tradisional Melayu dan Tarian Buluh yang dipersembahkan oleh kakitangan daripada unit ini yang memakai pakaian tradisonal kaum-kaum di Malaysia seperti Cina, Melayu, India dan Sikh.Persembahan daripada unit ini turut disertai oleh Majistret Tuan Mohd Fairuz bin Johari dan Majistret Tuan Mohd Hazri Hanafi yang kelihatan begitu sporting dan selamba dalam menjayakan persembahan tersebut.

            Bagi persembahan daripada unit Mahkamah Majistret Alor Gajah dan unit Mahkamah Majistret Jasin, masing-masing sekadar mewakilkan En Syed Mohd Kamal dan En Roslan untuk membuat persembahan nyanyian karaoke. Mujur persembahan oleh kakitangan daripada unit Mahkamah Tinggi muncul dengan tarian ala ‘Bollywood’ yang menarik. Adalah amat mengasyikkan apabila tarian Bollywood tersebut disertai oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Puan Radzilawatee binti Abdul Rahman yang menari berpasangan dengan Ketua Kerani En. Azman bin Baba.

            Kakitangan daripada unit Mahkamah Sesyen mengambil tempat seterusnya dengan persembahan tarian 60-an iaitu tarian Twist dan Rock n Roll dengan menampilkan satu-satunya peserta lelaki yang cukup selamba di samping gitar kapuknya iaitu Pendaftar Mahkamah Sesyen, Tuan Ramachandran Koran yang begitu mencuitkan hati penonton dengan aksi-aksinya semasa persembahan.

            Persembahan terakhir pada malam tersebut diteruskan lagi dengan persembahan dikir barat daripada kakitangan Pusat Tanggung Jawab  dengan dikir ciptaan mereka iaitu ‘West dikir Baby’. Dikir Barat tersebut boleh dikatakan agak unik kerana menampilkan gabungan lagu dikir barat asli dan Inggeris ciptaan tersendiri.

            Keputusan bagi persembahan terbaik yang diadili oleh 3 orang juri yang tidak berkepentingan memihak kepada Unit Mahkamah Majistret Melaka Tengah yang menggondol wang tunai sebanyak RM150.00 tajaan Pengarah Mahkmah-mahkamah Negeri Melaka. Majlis makan malam ini juga turut menyediakan hadiah khas bagi pakaian terbaik yang mana Majistret Tuan Muhamad Faizal bin Ismail muncul sebagai pemenang pakaian terbaik bagi kategori lelaki. Bagi kategori pakaian terbaik wanita pula disandang oleh Puan Sharifah bte Othman. Manakala En Mohd Irwan bin Ghazi yang hadir bersama pasangannya dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori pakaian terbaik berpasangan.

Acara kemuncak pada majlis tersebut ialah upacara penyampaian Piala Pusingan Y.A Datuk Halijah bte Abbas bagi johan keseluruhan Sukan Dalaman Melaka 2010 yang mana menyaksikan Unit Pusat Tanggungjawab Mahkamah-Mahkamah Melaka yang bergabung dengan Unit Mahkamah Majistret Alor Gajah dan Jasin menjuarai kejohanan tersebut. Penyampaian hadiah disampaikan sendiri oleh Y.A Datuk Halijah bte Abbas diiringi oleh Majistret Tuan Muhamad Faizal bin Ismail selaku Pengerusi KSKMM.

            Aturcara penutup Majlis Makan Malam tersebut diakhiri dengan Joget Lambak yang mana ia terbuka kepada para tetamu untuk menyertainya.

            Kesimpulannya, Majlis Makan Malam tersebut adalah amat meriah dan berjaya meninggalkan 1001 kenangan manis dan ini dapat dilihat berdasarkan reaksi para tetamu yang hadir apabila pulang dengan senyuman termasuk pujian yang diberikan oleh Tetamu Kehormat yang hadir. Kepulangan Y.A Datuk Halijah binti Abbas yang diiringi barisan Tetamu Kehormat menjadi penutup Majlis Makan Malam KSKMM 2010 pada malam tersebut.

            Sekalung tahniah diucapkan kepada semua AJK yang berusaha keras dalam menjayakan Majlis Makan Malam 2010 tersebut. Syabas!!!

pendaftaran

 Suasana di bahagian meja pendaftaran

datuk_halijah

Ketibaan Y.A Datuk Halijah bte Abbas

iron_ladies_kononnya

Antara Pegawai Kehakiman yang hadir

vvip_table

Barisan Tetamu-tetamu Kehormat

meja_chinese

Suasana dalam dewan sebelum majlis bermula

geng_ptj

Para jemputan yang sudah mengambil tempat masing-masing

appetizer

Hidangan pembuka selera oleh pihak Botanical Cafe

backdrop

Persembahan pembukaan oleh "Wonderful Girls"

tarian_buluh

Tarian Buluh daripada Unit Mahkamah Majistret Melaka Tengah

high_court2

Tarian Bollywood daripada Unit Mahkamah Tinggi Melaka

sesyen_ct

Tarian 60-an daripada Unit Mahkamah Sesyen Melaka

ptj2

Persembahan dikir barat daripada Pusat Tanggungjawab Mahkamah Melaka

johan

Penyampaian Piala Pusingan Y.A Datuk Halijah bte Abbas

best_dresses

Pemenang-pemenang untuk kategori Pakaian Terbaik

joget_lambak

Upacara penutup dengan Joget Lambak

ajk3

AJK Program Makan Malam KSKMM 2010

 

Total visitors to the Portal : 51,769
Last updated : 2 September 2014