Majlis Bacaan Yassin
Majlis Bacaan Yassin dan Solat Asar Berjemaah
 
Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Mahkamah Melaka telah mengadakan Majlis bacaan Yassin dan solat Asar berjemaah pada 9 Ogos 2010 yang lalubertempat di Surau Mahkamah. Ini adalah sempena menyambut bulan Ramadhan yang mulia.

Majlis tersebut telah bermula pada jam 4.00 petang. Bacaan Yassin telah diketuai oleh Majistret Mahkamah Majistret 4 iaitu Tuan Mohd Fairuz Bin Johari. Manakala solat Asar berjemaah pula telah diketuai oleh Majistret Mahkamah Majistret Alor Gajah iaitu Tuan Mohd Hadi Hakimi Bin Harun. Majlis berakhir pada jam 5.00 petang dengan pengagihan buah tangan oleh wakil dari Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Mahkamah Melaka iaitu kurma kepada semua yang hadir.

 

 

DSC00358

 

DSC00361

 

 

DSC00365

 

DSC00379

 

DSC00381

 

DSC00383

 

DSC00386

Total visitors to the Portal : 100,850
Last updated : 24 March 2017