Warna Tema    
Saiz Tulisan -A A +A
 

LAPORAN RINGKAS

PUSAT MEDIASI MAHKAMAH NEGERI MELAKA (MelMC)

PENDAHULUAN

Penubuhan Pusat Mediasi adalah bertujuan untuk menggalakkan penyelesaian kes tanpa melalui perbicaraan penuh. Ini kerana mediasi merupakan satu alternatif kepada penyelesaian kes. Memandangkan Pusat Mediasi Mahkamah Melaka di Tingkat 2, Blok D, Kompleks Mahkamah Melaka masih dalam peringkat penambahbaikan, maka setelah perbincangan diadakan dengan semua Ketua Unit Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah, telah dipersetujui sepertimana yang berikut:

  1. MEDIATOR
    • Semua Pegawai Mahkamah Negeri Melaka akan bertugas mengikut giliran.
  2. KETUA PUSAT MEDIASI
    • Puan Nariman binti Badruddin
  3. PETUGAS DI PUSAT MEDIASI:
    • Puan Tay Poh Choo
    • Puan Ezza binti Mohd Hatta

PENUTUP

Kesemua Pegawai dan Petugas Pusat Mediasi Mahkamah Melaka diharap dapat memberikan kerjasama yang baik bagi memastikan kejayaan Pusat Mediasi Mahkamah Melaka selaras dengan misi Jabatan yang menggalakkan mediasi sebagai satu alternatif kepada penyelesaian kes.