Majlis Penyerahan Rumah
Majlis Penyerahan Rumah Kediaman Rasmi Majistret Jasin
 

MAJLIS PENYERAHAN RUMAH KEDIAMAN RASMI MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET JASIN

 

Majlis penyerahan rumah kediaman rasmi Majistret, Mahkamah Majistret Jasin iaitu Tuan Erry Shahriman Bin Nor Aripin telah diadakan pada 8 Julai 2010 yang lalu. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Y.Bhg Datuk Abdullah Sani Bin Abdul Hamid.  Antara tetamu yang hadir ke majlis tersebut adalah Pengarah Mahkamah Melaka iaitu Hakim Kanan Mahkamah Sesyen Tuan Abu Bakar Bin Katar, pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan  Mahkamah Melaka sendiri.

Majlis telah bermula pada jam 11.00 pagi dimulakan dengan lawatan di dalam dan sekeliling rumah tersebut. Diikuti dengan majlis tahlil dan doa selamat. Seterusnya ucapan daripada Y.Bhg Datuk Ketua Pengarah BHEUU. Acara kemuncak iaitu sesi penyerahan kunci rumah dari pihak Kontraktor kepada BHEUU dan dari pihak BHEUU kepada pihak Mahkamah Melaka. Majlis tersebut berakhir dengan jamuan makan tengahari.

Maklumat Rumah Kediaman Rasmi Majistret :

1          Kos asal projek            :           RM 379,999.00

2          Kontraktor                     :           Kumpulan Tariq

3          Tarikh Mula Projek      :           24 Ogos 2009

4          Tarikh Siap Projek       :           27 Mei 2010

5          Keluasan Tanah           :           841 Meter Persegi

6          Keluasan Rumah         :           13,500’ X 8,700’

 

rumah_maj_jasin

Rumah Kediaman Rasmi Majistret Mahkamah Majistret Jasin, Melaka

 

lawatan

Lawatan Di Dalam Rumah

 

doa

Tahlil dan Doa Selamat

 

serahan

Penyerahan Kunci Rumah Dari Kontraktor Kepada Pihak BHEUU

 

makan

Jamuan Makan Tengahari

Total visitors to the Portal : 104,762
Last updated : 24 May 2017