Berbuka Puasa & Jamuan Raya
MAJLIS BERBUKA PUASA DAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA 2010
 
Pada 3 September 2010 yang lalu Kelab Sukan dan Kebajikan Mahkamah Melaka telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa. Majlis tersebut telah berjalan seperti yang diaturkan dan telah berakhir dengan solat terawih beramai-ramai di surau mahkamah.
 
Seterusnya pada 8 Oktober 2010 jam 8.00 malam bertempat di perkarangan tempat letak kereta kakitangan mahkamah Melaka telah diadakan pula Majlis Sambutan Hari Raya. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Yang Arif Datuk Halijah, Hakim-Hakim, Majistret-Majistret, Pegawai-Pegawai Mahkamah, kakitangan-kakitangan dan para tetamu jemputan yang terdiri daripada Polis, Jabatan Insolvensi, AADK dan ramai lagi beserta keluarga masing-masing.
 
Majlis Sambutan Hari Raya pada tahun 2010 adalah bertemakan konsep gerai dan banyak makanan yang enak-enak telah dihidangkan bersesuaian dengan majlis tersebut. Majlis telah tamat pada jam 11.00 malam.
 
DSC00483
DSC00489
DSC00495
DSC00500
DSC00506
DSC00531
Total visitors to the Portal : 100,831
Last updated : 23 March 2017