Lawatan Sambil Belajar
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
 
Pada 10 November 2010 jam 9.00 pagi, Mahkamah  Melaka telah menerima satu lawatan sambil belajar pelajar-pelajar Tingkatan Tiga dari Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok China Melaka. Pelajar-pelajar tersebut adalah seramai 40 orang dan 3 orang guru pengiring.
Pelajar-pelajar tersebut telah melawat mahkamah terbuka, bahagian pendaftaran mahkamah majistret dan mendengar taklimat daripada Pendaftar Kanan Mahkamah Majistret iaitu Tuan Kanasan A/L Vellu. Antara perkara yang disampaikan oleh beliau ialah tentang bidangkuasa mahkamah-mahkamah, perkhidmatan yang diberi oleh mahkamah dan lain-lain lagi yang berkaitan.
Lawatan tersebut telah berakhir pada jam 12.30 tengahari.
 
SDC11278
SDC11279
SDC11283
Total visitors to the Portal : 104,763
Last updated : 24 May 2017