Sukan Empat Penjuru

Sukan Empat Penjuru Mahkamah Zon Selatan

 

Sukan Empat Penjuru Mahkamah Zon Selatan telah diadakan  pada 13 dan 14 Mei 2011 di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Ledang, Tangkak, Johor. Sukan ini telah disertai oleh Kontigen dari Mahkamah Melaka, Negeri Sembilan, Johor Utara dan Johor Selatan. Pada kali ini adalah giliran Kontigen dari Johor Utara telah menjadi tuan rumah bagi sukan yang diadakan dwi tahunan ini.
Permainan yang telah dipertandingkan adalah :
1.    Bowling
2.    Badminton
3.    Ping Pong
4.    Bola Sepak
5.    Congkak
6.    Sepak Takraw
7.    Bola Tampar
8.    Karom
9.    Dart
10.    Bola Jaring
Pertandingan untuk Bowling telah diadakan awal iaitu pada 7 Mei 2011 di Pusat Bowling Mahkota Parade Melaka. Bagi acara Dart, Congkak, Karom, Ping Pong dan Badminton telah diadakan pada 13 Mei 2011. Manakala bagi acara Sepak Takraw, Bola Tampar, Bola Sepak dan Bola Jaring telah diadakan pada 14 Mei 2011 selepas sahaja Majlis Perasmian Sukan Empat Penjuru berlangsung dimana keempat-empat kontigen telah membuat perbarisan lintas hormat. Majlis perasmian tersebut telah dirasmikan oleh Yang Arif Dato’ Seri Md Raus Bin Sharif.
Kontigen Mahkamah Melaka telah menjuarai 5 acara yang dipertandingkan iaitu Bowling, Badminton, Ping Pong, Bola Sepak dan Congkak. Manakala Sepak Takraw  dan Bowling Perseorangan telah menjadi naib johan. Seterusnya bagi acara Bola Tampar dan Karom telah mendapat tempat yang ketiga. Bagi acara Dart dan Bola Jaring telah mendapat tempat terakhir.
Sukan Empat Penjuru tersebut telah menutup tirainya dengan Majlis Makan Malam, Persembahan dari setiap kontigen, Cabutan Bertuah dan Penyampaian Hadiah Kejohanan.
Sukan1 Sukan2
Pasukan Bola Sepak Pasukan Ping Pong
Sukan3 Sukan4
Pasukan Sepak Takraw Pasukan Dart (bukan main hebat lagi sampai tak nampak tangan hehehe)
Sukan9 Sukan6
Persembahan Tarian 1 Malaysia Perbarisan Kontigen Melaka
Sukan7 Sukan8
Tema 60 an (Gengster Kampung Pisang)
Pegawai-Pegawai Mahkamah Melaka
(yang depan sekali  berbaju kotak2 tu kita punye ketua division, handsome kann…)

Sukan5


Maskot Kancil Kebanggaan Kontigen Melaka
Sukan10Sukan11 Sukan12Sukan13

Sukan14

Sukan15

 

Total visitors to the Portal : 101,233
Last updated : 29 March 2017