Sukan Dalaman Melaka 2010
Sukan Dalaman Mahkamah Melaka

Tarikh
: 06/03/2010

Setelah sekian lama, Kelab Sukan dan Kebajikan Mahkamah-mahkamah Negeri Melaka akhirnya telahpun berjaya menganjurkan Sukan Dalaman mahkamah Melaka bagi tahun 2010 yang melibatkan hampir kesemua kakitangan dan pegawai yang berkhidmat di sini. Sebanyak 4 pasukan telah mengambil bahagian bagi merebut Piala Pusingan Y.A Datuk Halijah bte Abbas. Pasukan-pasukan yang mengambil bahagian terdiri daripada unit-unit seperti Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen, Mahkamah Tinggi dan juga Pusat Tanggungjawab yang bergabung dengan unit Mahkamah Jasin dan Alor Gajah. Terdapat 5 acara sukan yang dipertandingkan iaitu ping pong, badminton, bola jaring, futsal dan juga bola tampar.
 
 
 
Bertempat di Dewan Belia dan Sukan Ayer Keroh, seawal jam 8.30 pagi para atlet mahkamah telahpun berkumpul. Sambutan yang diberikan oleh kesemua kakitangan dan pegawai yang terlibat adalah amat menggalakkan. Paling membanggakan, kehadiran dan sokongan yang diberikan oleh Hakim Pengurus iaitu Yang Arif Datuk Halijah bte Abbas serta Puan Al-Baishah bte Abd Manan selaku Pengarah Mahkamah Melaka yang tidak jemu menunggu hingga tamatnya aktiviti yang dijalankan pada jam 7.00 petang.
 
 
 
Sesungguhnya matlamat aktiviti ini dajalankan adalah tidak lain dan tidak bukan untuk mengeratkan lagi ukhuwah sesama kakitangan dan pegawai di samping mencungkil bakat-bakat terpendam yang tidak didedahkan sebelum ini. Kalah dan menang bukanlah kayu pengukur, yang penting semangat bekerjasama dalam satu pasukan. Berikut adalah keputusan yang diperolehi sejurus tamatnya acara yang dilangsungkan:
 
 
 
 
Johan Ping Pong:          Unit Mahkamah Majistret
Johan Badminton:         Unit PTJ / Mahkamah Jasin / Mahkamah Alor Gajah
Johan Bola Jaring:         Unit Mahkamah Sesyen
Johan Futsal (L):           Unit Mahkamah Majistret
Johan Futsal (P):          Unit PTJ / Mahkamah Jasin / Mahkamah Alor Gajah
Johan Bola Tampar:      Unit PTJ / Mahkamah Jasin / Mahkamah Alor Gajah
 
 
Johan Keseluruhan:   Unit PTJ / Mahkamah Jasin / Mahkamah Alor Gajah

 


06032010278

Menikmati sarapan sebelum perlawanan

pingpong

Aksi johan ping pong..

badminton

Aksi peserta memanaskan badan

futsal_wanita

Futsal wanita..unit mahkamah Sesyen

geng_high_ct

Antara peserta merangkap penyokong setia unit Mahkamah Tinggi

geng_majistret

Sebilangan peserta merangkap penyokong setia unit Mahkamah Majistret

geng_sesyen

Penyokong setia unit Mahkamah Sesyen

penyokong

Ramainya penyokong futsal

 

Total visitors to the Portal : 106,496
Last updated : 22 June 2017