Ancaman Serangan Cyber Oleh Anounymous Malaysia Ke Atas Laman Web Kerajaan

KEPENTINGAN TINGGI / SEGERA

 

Ekoran daripada ancaman serangan cyber oleh anounymous Malaysia ke atas laman web kerajaan dan setelah perbincangan dengan pihak Bahagian Teknologi Maklumat (BTM), semua pengguna PKPMP diingatkan  untuk mematuhi Dasar Keselamatan ICT bagi meminimumkan kesan insiden keselamatan ICT. Berikut adalah antara panduan-panduan yang perlu dipatuhi :

a)  Menjaga keselamatan katalaluan dan tidak berkongsi katalaluan

b)  Tidak membuka email yang meragukan termasuk lampiran (attachment) atau link yang disertakan di dalam emel.

c)  Tidak melayari laman web yang meragukan

d)  Tidak memuat turun aplikasi yang meragukan

e)  Dilarang memasang modem/broadband persendirian ke komputer di pejabat

f)  Memastikan peralatan ICT ditutup dan dipadamkan suis elektrik selepas waktu pejabat

g)  Log off komputer/notebook sekiranya tiada di tempat pada waktu bekerja

 

 

 

 

Total visitors to the Portal : 106,692
Last updated : 27 June 2017