Pengurusan Perubatan eGL Di Hospital-Hospital Kerajaan Atau Klinik Kesihatan

UNTUK MAKLUMAN BERSAMA

 

Pengurusan Perubatan eGL di Hospital-Hospital Kerajaan atau Klinik-Klinik Kesihatan telah dilaksanakan mulai Julai 2015. Anggota Perkhidmatan Awam tidak perlu lagi membawa surat pengesahan diri (Guarantee Letter). Pihak Hospital Kerajaan dan Klinik Kesihatan boleh mendapatkan maklumat berkenaan melalui Sistem HRMIS.

Semua Anggota Perkhidmatan Awam diminta untuk mengemaskini maklumat rekod peribadi dan keluarga melalui Sistem HRMIS bagi memastikan tiada permasalahan yang timbul untuk kegunaan Pengurusan Perubatan eGL di Hospital-Hospital Kerajaan atau Klinik Kesihatan yang telah dilengkapi sistem eGL.

Total visitors to the Portal : 103,257
Last updated : 27 April 2017