Langkah-Langkah Kawalan Perbelanjaan Oleh Ketua Jabatan Bagi Tahun 2016

Dimaklumkan bahawa Jabatan Perdana MEnteri telah mengeluarkan garis panduan berkenaan dengan langkah-langkah kawalan perbelanjaan bagi tahun 2016 selaras dengan Pekeliling 1PP PB3.1/2013 - Garis Panduan Perbelanjaan Secara Berhemat Bagi Mengawal Perbelanjaan Awam dan PB3.2/2013-11 Langkah Penjimatan dan Dasar Rasionalisasi Kerajaan yang diumumkan semasa Perutusan Khas YAB Perdana Menteri pada 20 Januari 2015 yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan oleh semua warga Mahkamah Negeri Melaka. Diantara langkah-langkah penjimatan tersebut adalah seperti berikut :

  1. mengutamakan perbelanjaan-perbelanjaan komited
  2. perancangan dan pelaksanaan segera program dasar baru dan one-off
  3. perolehan harta modal dan kenderaan ditangguhkan
  4. pengubahsuaian ruang pejabat tidak dibenarkan
  5. mengawal kerja lebih masa
  6. kawalan perbelanjaan bekalan pejabat
  7. kawalan sewaan ruang pejabat
  8. kawalan pelaksaan majlis/seminar/pameran/kursus termasuk pejabat anggota pentadbiran
  9. kawalan perbelanjaan luar negara atas urusan rasmi
  10. perlantikan pegawai kontrak dibekukan

Sehubungan dengan itu, adalah diberi peringatan supaya langkah-langkah penjimatan perlu dipatuhi sebagaimana yang disarankan oleh YBhg. Puan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia Putrajaya seperti berikut :

  1. Perbelanjaan akan dibuat berdasarkan keutamaan yang penting sahaja.
  2. Penggunaan Aset yang dibekalkan hendaklah dijaga dengan teliti.
  3. Kerja lebih masa akan dibenarkan kepada yang perlu sahaja.
  4. Mengelakkan pembaziran menngunakan kertas, toner dan peralatan-peralatan tulis yang lain.
  5. Berjimat cermat menggunakan utiliti seperti tutup lampu dan hawa dingin setelah kes selesai dijalankan di Mahkamah Terbuka, komputer ditutup selepas waktu bekerja dan tutup lampu ketika waktu rehat sekiranya tidak digunakan.

Arahan ini berkuatkuasa serta merta.

Total visitors to the Portal : 106,693
Last updated : 27 June 2017