Berita Utama

Tarikh : 26.1.2019

Perkara : Kejohanan Sukan Mahkamah Kuala Lumpur

 

Gambar & Aksi Rumah Biru

Gambar & Aksi Rumah Merah

Gambar & Aksi Rumah Kuning

Gambar & Aksi Rumah Hijau

 

 Laporan Penuh KSMKL 2019

 

 

 

_____________________________________________________________________________________________________________________________

Tarikh : 24.1.2019

Perkara : Raptai KSMKL2019

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

YBhg. Dato'/Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

 

  1.   Dimaklumkan bahawa suatu sesi raptai penuh akan diadakan sebagai persediaan akhir sebelum berlangsungnya Karnival Sukan Mahkamah Kuala Lumpur (KSMKL) 2019 pada ketetapan seperti yang berikut:

 

        Tarikh    : 25 Januari 2019 (Jumaat)

        Tempat  : Stadium ILKAP, Bangi

        Masa     : 3.15 petang 

 

  1.   Bagi memastikal segala persiapan dan kelancaran perjalanan program, segala kerjasama dan sokongan YBhg. Dato'/Tuan/Puan untuk memastikan wakil-wakil yang dinamakan sebagaimana di dalam lampiran hadiramatlah dihargai. Oleh yang demikian, kerjasama daripada Ketua-ketua Rumah Sukan amatlah dimohon untuk memaklumkan kepada wakil rumah sukan masing-masing.

 

  1.    Segala kerjasama, perhatian dan sokongan YBhg. Dato'/Tuan/Puan amatlah saya hargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menurut perintah,

 

                            t.t 

[DATO’ CHE WAN ZAIDI BIN CHE WAN IBRAHIM]

Pengarah KSMKL 2019 

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 23.1.2019

Perkara : Perlawanan Ping Pong VIP

 

 

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 20.1.2019

Perkara : Perlawanan Badminton - Kompleks Sukan Kg Pandan

 

 

_________________________________________________________________________________

Tarikh 19.1.2019

Perkara : Perlawanan Dart , Karom dan Ping Pong.

 

___________________________________________________________________________________________________________________

Tarikh : 18.1.2019

Perkara : Makluman Persediaan Karnival Sukan Mahkamah Kuala Lumpur 2019 (KSMKL 2019)

 

Semua Hakim Sesyen

Mahkamah Kula Lumpur

 

Semua Pegawai Mahkamah Tinggi 

Mahkamah Kuala Lumpur

 

Semua Pegawai Mahkamah Rendah

Mahkamah Kuala Lumpur

 

Setiausaha-setiausaha YA Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

 

Semua Kakitangan Mahkamah Tinggi 

Mahkamah Kuala Lumpur

 

Semua Kakitangan Mahkamah Rendah 

Mahkamah Kuala Lumpur

 

MAKLUMAN PERSEDIAAN KARNIVAL SUKAN MAHKAMAH KUALA LUMPUR 2019 (KSMKL 2019)

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

 

  1. Bagi makluman YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, Karnival Sukan Mahkamah Kuala Lumpur (KSMKL 2019) akan berlangsung tidak lama lagi. Berikut merupakan beberapa makluman untuk perhatian dan tindakan lanjut YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, jua:

 

            2.1       Tentatif Program pada 19 Januari 2019

 

                        Tarikh                         : 19 Januari 2019 (Sabtu)

                        Tempat                       : Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

                        Jenis Acara Sukan     : Sukan indoor

 

Masa

Butiran

Tempat

8.00 am – 8.30 am

Pendaftaran pemain

Lobi Utama Mahkamah Kuala Lumpur

8.45 am

Acara sukan dart bermula

Lobi Utama Mahkamah Kuala Lumpur

8.45 am

Acara sukan karom bermula

Lobi Utama Mahkamah Kuala Lumpur

8.45 am

Acara sukan ping pong bermula

Kaunter USB, Aras 1, Mahkamah Kuala Lumpur

2.00 pm

Bersurai

-

                      

                         2.1.1 Makanan

 

Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, hanya sarapan pagi iaitu nasi lemak, kuih dan air mineral disediakan pada 19/1/2019.

 

            2.2       Tentatif Program pada 20 Januari 2019

 

Tarikh                     : 20 Januari 2019 (Ahad)

Tempat                   : Dewan Serbaguna 4, Kementerian Belia Sukan (KBS),                                                                    Kampung Pandan, Kuala Lumpur

Jenis Acara Sukan  : Badminton

Masa

Butiran

8.00 am 

Pendaftaran pemain

8.45 am

Acara sukan badminton bermula

2.00 pm

Bersurai

 

                        2.2.1 Makanan

 

Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, sarapan pagi dan makan tengah hari disediakan pada hari tersebut.

 

            2.3       Tentatif Program pada 26 Januari 2019

 

Tarikh        :    26 Januari 2019 (Sabtu)

Tempat      :    Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bangi

Masa

Butiran

7.00 am

Ketibaan warga KMKL

7.30 am

Ketibaan tetamu VIP 

8.00 am

Tetamu VIP masuk ke Stadium

8.05 am

Perarakan masuk perbarisan setiap Rumah Sukan dan War Cry

8.30 am

Nyanyian Negaraku

8.35 am

Ucapan perasmian dan perasmian KSMKL 2019

9.00 am

Acara sukan bermula

2.30 pm

Upacara penutup dan penyampaian hadiah

 

 

Di samping itu, dimaklumkan bahawa Majlis Perasmian KSMKL 2019 ini akan dirasmikan oleh YBhg. Yang Arif Datuk Hasnah binti Dato’ Mohammed Hashim, Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia selaku Hakim Pengurus Mahkamah Kuala Lumpur.

 

            2.4       Berikut merupakan jadual perlawanan setiap acara sukan pada tarikh 26 Januari 2019:

 

Masa

Acara

Tempat

8.00 am – 11.15 am

Pertandingan menghias rumah sukan

Khemah rumah sukan masing-masing

9.00 am – 12.45 pm

Bola Sepak

Mini Stadium ILKAP

9.00 am – 12.45 pm

Bola Jaring   

Gelanggang Bola Jaring ILKAP

9.00 am – 12.45 pm

Bola Tampar Lelaki

Gelanggang Bola Tampar ILKAP

9.00 am – 12.45 pm

Baling Selipar

Gelanggang Bola Futsal ILKAP

10.45 am - 11.45 am

Bowling buah kelapa

Gelanggang Bola Futsal ILKAP

12.45 pm – 1.45 pm

Futsal Kain Batik    

Gelanggang Bola Futsal ILKAP

12.45 pm – 1.45 pm

Tarik Tali (Lelaki dan Wanita)

Mini Stadium ILKAP

12.45 pm – 1.45 pm

Bola Tampar Wanita

Gelanggang Bola Tampar ILKAP

 

            2.5       Makanan

 

Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, hanya makan tengah hari disediakan oleh Jawatankuasa. Makanan akan diagihkan kepada setiap ahli rumah sukan melalui wakil rumah sukan masing-masing.

 

Makanan vegetarian juga turut disediakan kepada warga KMKL. Walau bagaimana pun, perkhidmatan food truck akan turut disediakan dan perkhidmatan ini adalah berbayar.

 

Di samping itu, bagi tetamu kehormat dan tetamu VIP, sarapan pagi dan makan tengah hari disediakan di khemah VIP.

 

            2.6       Pendaftaran

 

Pendaftaran kehadiran semua warga KMKL akan dibuat seawal jam 7.00 pagi bertempat di gazebo yang terletak di sebelah Stadium ILKAP. Pendaftaran adalah mengikut rumah sukan masing-masing.

 

            2.7       Pengangkutan

 

Bagi tujuan pengangkutan ke Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bangi, sebuah bas disediakan terhad kepada jumlah 40 orang sahaja. Oleh itu, mana-mana pegawai atau kakitangan yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan ini bolehlah mengemukakan nama kepada Setiausaha KSMKL 2019 melalui e-mel kepada Puan Haleez binti Hasnan di alamat e-mel haleez@kehakiman.gov.my.

 

Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, memandangkan perkhidmatan ini hanya terhad kepada 40 orang sahaja, senarai nama akan adalah berdasarkan kepada senarai keutamaan “first come first serve basis”.

 

Berikut merupakan butiran yang berkaitan dengan pengangkutan:

 

            Masa                          : 7.00 pagi

            Tempat Berkumpul     : Lobi Mahkamah Kuala Lumpur

            Jumlah penumpang   : 40 orang sahaja

 

 

            2.8       Penginapan

 

Bagi tujuan penginapan, sebanyak dua (2) buah bilik disediakan bagi setiap rumah sukan. Segala tetapan bagi penginapan adalah berdasarkan kepada keputusan AJK rumah sukan masing-masing. YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, bolehlah mendapatkan kunci bilik pada 25/1/2019 daripada  Tuan Erry Shahriman bin Nor Aripin ditalian 03-6209 4259 dan Tuan Abdul Hakim bin Ab Keram@Karem ditalian 03-6209 4438.

 

            2.9       Persiapan Khemah Rumah Sukan

 

Dimaklumkan bahawa setiap rumah sukan akan dibekalkan dengan sebuah khemah yang bersaiz 20 x 20 yang tidak dilengkapi dengan penghadang sisi (sebarang penambahbaikkan adalah atas kreativiti dan kos rumah sukan masing-masing) beserta dengan 3-4 buah meja dan 8 buah kerusi bagi setiap meja.

 

Selain itu, dimaklumkan bahawa khemah akan mula dipasang pada sebelah pagi 25/1/2019. Oleh itu, segala persiapan untuk menghias khemah rumah sukan boleh mula dilakukan seawal-awalnya pada sebelah petang 25/1/2019 (Jumaat). Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, penilaian khemah tercantik akan dibuat pada 26/1/2019, jam 11.15 pagi.

 

            2.10    Kebersihan dan keselamatan

 

                        2.10.1             Keselamatan

 

Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, sebuah ambulans beserta petugas pertolongan cemas turut disediakan dan akan ditempatkan di khemah Jawatankuasa Induk.

 

                        2.10.2             Kebersihan

 

Bagi tujuan kebersihan, sebuah roll on roll of (RORO) akan disediakan dan ditempatkan untuk memastikan kebersihan kawasan persekitaran Karnival. Selain itu, seramai dua (2) orang AJK Kebersihan telah dilantik dan ditempatkan di setiap rumah sukan bagi membantu memastikan kebersihan dan kelancaran KSMKL 2019.

 

            2.11    Raptai

 

Suatu sesi raptai akan diadakan pada 25/1/2019 (Jumaat) pada sebelah petang bagi tujuan perbarisan dan war cry bertempat di ILKAP, Bangi. Oleh itu, segala kerjasama dan perhatian daripada Ketua Rumah Sukan untuk menghantar wakil dari setiap rumah sukan amatlah dihargai. Berikut merupakan butiran raptai:

 

            Tarikh             : 25 Januari 2019 (Jumaat)

            Tempat           : Stadium ILKAP, Bangi

            Masa              : 2.45 petang

 

Sekiranya YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, mempunyai sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi Puan Dr. Noradura binti Hamzah ditalian 03-6209 4116 dan Puan Nurulizwan binti Ahmad Zubir ditalian 03-62072093.

 

            2.12    Lain-lain

 

Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, kehadiran ahli keluarga warga KMKL amatlah dialu-alukan. Walau bagaimana pun, makanan tidak disediakan kepada ahli keluarga.

 

  1. Segala kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Datin/tuan/Puan dalam menjayakan KSMKL 2019 dan memberi sokongan untuk turut serta bagi memeriahkan KSMKL 2019 amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

                 t.t

(DATO’ CHE WAN ZAIDI BIN CHE WAN IBRAHIM)

Pengarah

Karnival Sukan Mahkamah Kuala Lumpur 2019

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 10.1.2019

Perkara : Perlawanan Persahabatan 4 Penjuru antara Rumah Sukan

 

__________________________________________________________________________________________ 

Tarikh : 10.1.2019

Perkara : Pengundian Rumah Sukan

_____________________________________________________________________________

 

Tarikh  9.1.2019:

Perkara : Jemputan Rasmi Kepada Ketua Pengarah Institut Latihan Kehakiman & Perudangan (ILKAP)

Dari kiri - Dato' Che Wan Zaidi b. Wan Wan Ibrahim, Dato' Anita bt Hj Harun (Ketua Pengarah ILKAP), Tuan Harmi Thamri b. Mohamad, Tuan Erry Shahriman b. Nor Aripin

 

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 10.12.2018

Perkara : MESYUARAT KSMKL 2019 BIL.4/2018

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

 

YBhg. Dato’/ Tuan/Puan,

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Karnival Sukan Mahkamah Kuala Lumpur akan diadakan sebagaimana ketetapan seperti yang berikut;

 

Tarikh           :           13 Disember 2018 (Khamis)

Masa            :           3.45 petang

Tempat         :           Bilik Anggerik, Aras 6, Mahkamah Kuala Lumpur.

 

4. Kehadiran YBhg. Dato’/Tuan/Puan amatlah dihargai. Sekiranya terdapat sebarang keuzuran atau ketidakhadiran, mohon YBhg. Dato’/Tuan/Puan menghantar wakil. 

 

5. Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato’/Tuan/Puan amat dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

Yang menjalankan amanah

 

             t.t  

HALEEZ BINTI HASNAN

Setiausaha

Karnival Sukan Mahkamah Kuala Lumpur 2019

__________________________________________________________________________________

Tarikh :19.11.2018

Per : Perjumpaan Jawatankuasa Karnival Sukan Mahkamah Kuala Lumpur (Ksmkl) 2019 Bersama Dengan Ketua-Ketua Rumah Sukan

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

Tuan/Puan,

 

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.


2.   Dimaklumkan bahawa suatu perjumpaan Jawatankuasa Karnival Sukan Mahkamah Kuala Lumpur (KSMKL) 2019 akan diadakan bersama dengan semua Ketua Rumah Sukan/ Chief de mission pada ketetapan seperti yang berikut berikut:


      Tarikh  :  22 November 2018 (Khamis)
      Masa   :  3.45 petang
     Tempat :  Bilik  Mesyuarat Anggerik
                     Aras 6, Mahkamah Kuala Lumpur

 

3. Perjumpaan ini adalah untuk membincangkan mengenai perancangan awal dan persiapan yang akan dibuat bagi menjayakan KSMKL 2019 yang akan diadakan pada bulan Januari 2019. Sehubungan dengan itu, kehadiran Tuan/Puan amatlah dihargai.

 

4. Segala Kerjasama Tuan / Puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

 

Sekian , terima kasih

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

                t.t


(DATO' CHE WAN ZAIDI BIN CHE WAN IBRAHIM)
Pengerusi Karnival Sukan Mahkamah Kuala Lumpur

(KSMKL) 2019

 

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 12 .11.2018

Perkara : Penyerahan Buku Peraturan Sukan MKL

 

 

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 31.10.2018

Perkara : Video majlis Pelancaran Karnival sukan Mahkamah Kuala Lumpur 2019 (KSMKL2019)

_________________________________________________________________________________

Malay