Warna Tema    
Saiz Tulisan -A A +A
 

STATUS KES-KES DI MAHKAMAH NEGERI MELAKA BERIKUTAN

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN FASA 1

DI BAWAH PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN)

DARI 30 OGOS HINGGA 10 SEPTEMBER 2021

 

Berikut merupakan status kes-kes yang sepatutnya didengar sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 1 di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) dari 30 OGOS hingga 10 SEPTEMBER 2021 untuk makluman umum.

 

MAHKAMAH MAJISTRET 1 (EMEL: mmmelaka1@kehakiman.gov.my)

Semua bicara atau permohonan kes sivil di Mahkamah Majistret 1 akan dijalankan melalui Teknologi Komunikasi Jarak Jauh selaras dengan Arahan Amalan Ketua Hakim Negara Bilangan 1 Tahun 2021. Bagi maksud ini, pengendalian prosiding melalui kaedah hibrid adalah tidak dibenarkan dan perenggan 6, 9 dan 14 AA KHN 1/2021 adalah tidak terpakai.

Semua kes akan ditukarkan kepada mode e-review untuk didengar secara e-review, KECUALI pihak-pihak yang telah menerima emel daripada Mahkamah untuk menjalankan perbicaraan atau pendengaran melalui platfom zoom.

Sekiranya pihak-pihak mempunyai kesukaran dalam meneruskan perbicaraan dan dikhuatiri akan menjejaskan hak pihak-pihak untuk mendapatkan perbicaraan yang adil melalui teknologi komunikasi jarak jauh, pihak-pihak boleh memohon untuk menangguhkan kes.

Bagi kes-kes jenayah, pihak-pihak akan dimaklumkan tentang tarikh selanjutnya oleh jurubahasa Mahkamah Majistret 1.

Kes-kes saman JPJ dan Saman Trafik akan dijadual ke tarikh seperti berikut:

Bil

Tarikh Asal

Tarikh Baru

1

01.09.2021 (Rabu)

10.11.2021 (Rabu)

2

02.09.2021 (Khamis)

11.11.2021 (Khamis)

3

07.09.2021 (Selasa)

16.11.2021 (Selasa)

4

08.09.2021 (Rabu)

17.11.2021 (Rabu)

5

09.09.2021 (Khamis)

18.11.2021 (Khamis)

 

MAHKAMAH MAJISTRET 2 (EMEL: mmmelaka2@kehakiman.gov.my)

Sila rujuk lampiran senarai kausa MM2

 

 

 

MAHKAMAH MAJISTRET 3 (EMEL: mmmelaka3@kehakiman.gov.my)

Sila rujuk senarai kausa MM3

 

Bagi kes-kes Saman Jabatan pada 03.09.2021 akan ditangguhkan ke 01.10.2021

 

MAHKAMAH MAJISTRET 4 (EMEL: mmmelaka4@kehakiman.gov.my)

Mahkamah Majistret 4 Melaka akan hanya mengendalikan kes-kes pertuduhan baru dari tarikh 30.08.2021 hingga 03.09.2021 kecuali pihak-pihak yang telah dimaklumkan untuk menjalani perbicaraan.

 

MAHKAMAH SESYEN 1 (EMEL: msmelaka1@kehakiman.gov.my)

Bagi kes sivil, sila rujuk lampiran notis makluman MS1 SIVIL

 

Bagi kes Jenayah, semua kes bicara/pendengaran pemohonan yang memerlukan kehadiran fizikal adalah ditangguhkan dan tarikh baru akan dimaklumkan kemudian. Sebarang pertanyaan, sila rujuk jurubahasa Encik Shairul 017-3173243 atau emel shairul@kehakiman.gov.my

 

MAHKAMAH SESYEN 2 (EMEL: msmelaka2@kehakiman.gov.my)

Bagi kes Sivil, semua kes akan dijalankan melalui melalui Teknologi Komunikasi Jarak Jauh. Sila rujuk senarai kausa MS2 SIVIL

Bagi kes Jenayah, sila rujuk lampiran senarai kausa MS2 JENAYAH

 

MAHKAMAH SESYEN 3 (EMEL: msmelaka3@kehakiman.gov.my)

Bagi kes Sivil, semua kes akan dijalankan melalui melalui Teknologi Komunikasi Jarak Jauh.

Bagi kes Jenayah, sila rujuk lampiran senarai kausa MS3 Jenayah

 

MAHKAMAH SESYEN ALOR GAJAH (EMEL: msalorgajah@kehakiman.gov.my)

Sila rujuk lampiran senarai kausa MS SIVIL ALOR GAJAH

Sila rujuk lampiran senarai kausa MS JENAYAH ALOR GAJAH

Sila rujuk lampiran senarai kausa Mah PATI Machap Umboo

 

MAHKAMAH MAJISTRET ALOR GAJAH (EMEL: mmalorgajah@kehakiman.gov.my)

Bagi kes sivil, sila rujuk lampiran senarai kausa Sivil MM Alor Gajah Sivil.

Bagi kes jenayah,sila rujuk lampiran senarai kausa Jenayah MM Alor Gajah.

Bagi kes-kes Saman Trafik dan JPJ pada 30.08.2021 akan ditangguhkan ke 08.11.2021, manakala kes pada 06.09.2021 akan ditangguh ke 15.11.2021.

Bagi kes-kes Saman Jabatan pada 07.09.2021 akan ditangguhkan ke 02.11.2021.

MAHKAMAH MAJISTRET JASIN (EMEL: mmjasin@kehakiman.gov.my)

Sila rujuk lampiran memo MM Jasin

 

PENGENDALIAN KES-KES DI MAHKAMAH TINGGI

Sila rujuk lampiran MT Melaka