Pihak sekolah atau universiti boleh membuat permohonan untuk Hakim atau Majistret melawat ke sekolah dan memberikan ceramah kepada pelajar-pelajar. Hakim atau Majistret akan ditentukan oleh pihak Mahkamah.
Program ini adalah perbicaraan olok-olok yang melibatkan pelajar membawa watak sebagai hakim, pegawai pendakwa, peguam, polis, jurubahasa dan tertuduh. Program ini bertujuan untuk memberi gambaran yang sebenar perjalanan prosiding Mahkamah dan peranan pegawai-pegawai yang bertanggungjawab di dalam prosiding. Pihak sekolah boleh memohon kepada Mahkamah dengan memberikan maklumat lanjut seperti di dalam e-permohonan
Pihak sekolah atau universiti boleh memohon lawatan ke Mahkamah di seluruh Malaysia. Permohonan akan diproses oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia bagi tujuan kelulusan dan status permohonan akan dimaklumkan melalui e-mel.