Warna Tema    
Saiz Tulisan -A A +A
 

STATUS KES-KES DI MAHKAMAH NEGERI MELAKA BERIKUTAN

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN 3.0

DARI 25 MEI HINGGA 7 JUN 2021

 

Berikut merupakan jadual semula kes-kes yang sepatutnya didengar sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 dari 25 Mei – 7 Jun 2021 untuk makluman umum.

 

 

MAHKAMAH MAJISTRET 1 (EMEL: mmmelaka1@kehakiman.gov.my)

Semua bicara atau permohonan kes sivil akan dijalankan melalui Teknologi Komunikasi Jarak Jauh selaras dengan Arahan Amalan Ketua Hakim Negara Bilangan 1 Tahun 2021. Semua kes akan ditukarkan kepada mode e-review untuk didengar secara e-review atau ditetapkan tarikh bicara baru atau untuk direkodkan Penghakiman Persetujuan, KECUALI pihak-pihak yang telah menerima emel daripada Mahkamah untuk menjalankan perbicaraan atau pendengaran melalui platform zoom.

Kes-kes saman JPJ akan dijadual ke tarikh seperti berikut:

Bil

Tarikh Asal

Tarikh Baru

1

25.05.2021 (Selasa)

1.7.2021 (Khamis)

2

01.06.2021 (Selasa)

6.7.2021 (Selasa)

3

02.06.2021 (Rabu)

7.7.2021 (Rabu)

Kes-kes saman Trafik akan dijadual ke tarikh seperti berikut:

Bil

Tarikh Asal

Tarikh Baru

1

25.05.2021 (Selasa)

1.7.2021 (Khamis)

2

01.06.2021 (Selasa)

8.7.2021 (Khamis)

3

02.06.2021 (Rabu)

8.7.2021 (Khamis)

 

MAHKAMAH MAJISTRET 2 (EMEL: mmmelaka2@kehakiman.gov.my)

Sila rujuk lampiran senarai kausa MM2

 

MAHKAMAH MAJISTRET 3 (EMEL: mmmelaka3@kehakiman.gov.my)

Bagi kes Jenayah, sila rujuk lampiran senarai kausa MM3

Bagi kes-kes Saman Jabatan pada 28.05.2021 akan ditangguhkan ke 18.6.2021, manakala kes pada 4.6.2021 akan ditangguhkan ke 25.6.2021

 

 

MAHKAMAH MAJISTRET 4 (EMEL: mmmelaka4@kehakiman.gov.my)

Mahkamah Majistret 4 Melaka akan hanya mengendalikan kes-kes pertuduhan baru dari tarikh 25.5.2021 hingga 7.6.2021

Semua kes yang ditetapkan untuk sebutan, bicara, sambung bicara, fakta dan hukuman akan ditangguhkan ke tarikh SEBUTAN yang lain seperti berikut:

BIL

TARIKH ASAL

TARIKH SEBUTAN BARU

1

25/5/2021 (Selasa)

11.6.2021 (Jumaat)

2

27/5/2021 (Khamis)

14.6.2021 (Isnin)

3

28/5/2021 (Jumaat)

15.6.2021 (Selasa)

4

31/5/2021 (Isnin)

16.6.2021 (Rabu)

5

1/6/2021 (Selasa)

17.6.2021 (Khamis)

6

2/6/2021 (Rabu)

18.6.2021 (Jumaat)

7

3/6/2021 (Khamis)

21.6.2021 (Isnin)

8

4/6/2021 (Jumaat)

22.6.2021 (Selasa)

 

MAHKAMAH SESYEN 1 (EMEL: msmelaka1@kehakiman.gov.my)

Bagi kes sivil dan kes pengangkatan, sila rujuk lampiran notis makluman MS1 SIVIL

 

Bagi kes Jenayah, semua kes Bicara & Sambung Bicara Jenayah adalah kekal dan akan berjalan seperti yang telah ditetapkan. Sebarang pertanyaanm sila rujuk jurubahasa Encik Shairul 017-3173243 atau emel shairul@kehakiman.gov.my

 

MAHKAMAH SESYEN 2 (EMEL: msmelaka2@kehakiman.gov.my)

Bagi kes Sivil, semua kes akan dijalankan melalui melalui Teknologi Komunikasi Jarak Jauh.

Bagi kes Jenayah, sila rujuk lampiran senarai kausa MS2 JENAYAH

 

MAHKAMAH SESYEN 3 (EMEL: msmelaka3@kehakiman.gov.my)

Bagi kes Sivil, semua kes akan dijalankan melalui melalui Teknologi Komunikasi Jarak Jauh.

Bagi kes Jenayah, sila rujuk lampiran senarai kausa MS3 Jenayah

 

MAHKAMAH SESYEN ALOR GAJAH (EMEL: msalorgajah@kehakiman.gov.my)

Sila rujuk lampiran senarai kausa MS SIVIL ALOR GAJAH

Sila rujuk lampiran senarai kausa MS JENAYAH ALOR GAJAH

Sila rujuk lampiran senarai kausa Mah PATI Machap Umboo

 

 

 

MAHKAMAH MAJISTRET ALOR GAJAH (EMEL: mmalorgajah@kehakiman.gov.my)

Bagi kes jenayah, semua kes yang ditetapkan untuk sebutan, bicara, sambung bicara, fakta dan hukuman akan ditangguhkan ke tarikh SEBUTAN yang lain seperti berikut:

BIL

TARIKH ASAL

TARIKH SEBUTAN BARU

1

25/5/2021 (Selasa)

6.7.2021 (Selasa)

2

27/5/2021 (Khamis)

6.7.2021 (Selasa)

3

28/5/2021 (Jumaat)

7.7.2021 (Rabu)

4

31/5/2021 (Isnin)

7.7.2021 (Rabu)

5

1/6/2021 (Selasa)

8.7.2021 (Khamis)

6

2/6/2021 (Rabu)

13.7.2021 (Selasa)

7

3/6/2021 (Khamis)

14.7.2021 (Rabu)

8

4/6/2021 (Jumaat)

15.7.2021 (Khamis)

 

Bagi kes sivil, sila rujuk lampiran senarai kausa MM Sivil Alor Gajah.

Bagi kes-kes Saman Trafik dan JPJ pada 31.05.2021 akan ditangguhkan ke 2.8.2021.

Bagi kes-kes Saman Jabatan pada 25.05.2021 akan ditangguhkan ke 13.7.2021, manakala kes pada 1.6.2021 akan ditangguhkan ke 27.7.2021

 

 

MAHKAMAH MAJISTRET JASIN (EMEL: mmjasin@kehakiman.gov.my)

Sila rujuk lampiran memo MM Jasin

 

KES DI HADAPAN YA HAKIM DAN YA PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI

Bagi kes Mahkamah Tinggi 1, sila hubungi jurubahasa Cik Ranitha 010-2907578 atau Pn Hong at 012-6319834.

Bagi kes Mahkamah Tinggi 2, sila hubungi Puan Nabihah binti Mohd Noor di talian 014-3124484 atau melalui emel nabihahnoor@kehakiman.gov.my 

 

Bagi kes jenayah, sebarang pertanyaan berkaitan prosiding di hadapan YA Hakim dan Pengurusan Kes di hadapan Penolong Kanan Pendaftar, pihak-pihak boleh berhubung dengan Puan Nurain Binti Samson di talian 018-2301383.

 

 

 

 

 

KES DI HADAPAN PENOLONG KANAN PENDAFTAR MAHKAMAH TINGGI

 

1) Bagi kes yang telah ditetapkan di hadapan di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Melaka (Tuan Mohd Firdaus Bin Saleh, Puan Analia Binti Kamaruddin dan Puan Nabiha Binti Mohd Noor), pihak Mahkamah akan mengeluarkan Borang 59 melalui system e-filing kepada peguam untuk memaklumkan tarikh akan datang bagi kes yang ditangguhkan.

2) Kes Probet/Surat Kuasa Mentadbir (Kod 32 dan 31)

Kes Probet/Surat Kuasa Mentadbir (Kod 32 dan 31) yang melibatkan kehadiran pemohon dan pengemukaan dokumen akan ditangguhkan. Bagi kes melibatkan permohonan intelokutori yang lain (uncontested matter) boleh dijalankan melalui Pertukaran e-mel atau melalui aplikasi zoom.

3) Kes Bankrapsi (29NCC dan 29PB)

Kes yang melibatkan kehadiran Pemiutang Penghakiman (Judgment Debtor) akan ditangguhkan, manakala bagi kes yang telah ditetapkan untuk dijalankan melaluji e-review akan dijalankan seperti biasa. Manakala, bagi kes 29PB, kes boleh dijalankan melalui Pertukaran e-mel atau melalui aplikasi zoom. 

4) Kes Lelongan Awam

Pendengaran Notis Permohonan bagi mendapatkan Perintah lelong yang telah ditetapkan pada 25 Mei 2021 hingga 7 Jun 2021 akan dilapangkan dan tarikh baharu akan dimaklumkan melalui system e-Filing.

Bagi kes melibatkan lelongan awam, mahkamah akan membatalkan lelongan awam yang telah ditetapkan pada 25 Mei 2021 sehingga 7 Jun 2021. Pihak peguam setelah mendapatkan arahan anak guam hendaklah memfailkan Notis Permohonan yang baharu untuk mendapatkan Perintah bagi tarikh lelongan yang baharu.

e-Lelong

Pendengaran Notis Permohonan bagi mendapatkan Perintah lelong (e-Lelong) yang telah ditetapkan pada 25 Mei 2021 hingga 7 Jun 2021 akan dilapangkan dan Tarikh baharu akan dimaklumkan melalui system e-Filing.

Berkenaan dengan lelongan awam yang akan dikendalikan oleh Pusat Operasi E-Lelong pula, lelongan melalui e-Lelong tersebut akan dijalankan seperti biasa.

Sebarang pertanyaan tentang Lelongan Awam dan e-lelong, pihak-pihak boleh menghubungi Tuan Mohd Firdaus Bin Saleh melalui emel firdaussaleh@kehakiman.gov.my.

 

PEJABAT PENDAFTARAN DAN KAUNTER PERKHIDMATAN

i) Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi/Mahkamah Sesyen/Majistret hanya dibuka melalui temujanji awal yang dibuat oleh Pemohon dan hanya dibuka pada hari Selasa dan Khamis.

ii) Pihak-pihak yang mempunyai urusan penting yang melibatkan Surat Kuasa Wakil (Powers of Attorney) hendaklah membuat temujanji dengan Encik Kamaruddin Bin Abd Karim melalui panggilan telefon di talian 012-7791786

iii) Urusan-urusan lain di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi, pemohon hendaklah membuat temujanji dahulu dengan Tuan Mohd Firdaus Bin Saleh melalui emel firdaussaleh@kehakiman.gov.my. Bagi urusan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rendah, temujanji boleh dibuat melalui emel sitikhairiah@kehakiman.gov.my 

iv) Kaunter Pesuruhjaya Sumpah akan ditutup sepanjang tempoh PKP Diperketatkan, namun hanya akan dibuka pada hari Selasa dan Khamis sahaja mulai jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari sahaja (tertakluk pada pindaan dari semasa ke semasa).