Skip to main content
Please wait...

Tiada pengumuman buat masa sekarang

Perutusan Pengarah

Selamat datang ke Laman Web Rasmi Mahkamah Negeri Melaka.

 

Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang kepada para pengunjung laman web Badan Kehakiman Malaysia khasnya laman web Mahkamah Negeri Melaka. Tahniah dan syabas diucapkan kepada jawatankuasa yang sentiasa berusaha untuk menambah baik laman web rasmi ini.

 

Mahkamah Negeri Melaka akan sentiasa mematuhi visi Badan Kehakiman Malaysia iaitu melestari pengurusan kehakiman yang adil, berkualiti, telus dan efisien berlandaskan perlembagaan dan undang-undang. Saya selaku Pengarah Mahkamah Negeri Melaka akan sentiasa mengambil pelbagai inisiatif di dalam membantu Badan Kehakiman Malaysia bagi menjaga imej dan meningkatkan keyakinan orang awam terhadap badan kehakiman di negara ini. Pembangunan laman web ini merupakan salah satu inisiatif yang diambil oleh PKPMP bagi membantu untuk memenuhi keperluan penyaluran maklumat yang interaktif dan berinformasi kepada orang ramai. Melalui laman web ini, pihak berkepentingan dan orang ramai boleh mengakses pelbagai perkara seperti capaian ke atas alasan penghakiman bagi kes-kes yang telah diputuskan, capaian kepada senarai kausa bagi mahkamah-mahkamah yang menggunakan aplikasi Court Management System (CMS), Sistem e-jamin, Sistem Pesuruhjaya Sumpah, Sistem e-Aduan Sistem e-Lawatan dan lain-lain yang berkaitan.

 

Semoga para pengunjung dapat memanfaatkan laman web rasmi PKPMP ini dan diharapkan agar ianya mampu menjadi medium perkongsian maklumat berguna ke arah memartabatkan institusi kehakiman di Malaysia. Selamat melayari laman web Mahkamah Negeri Melaka.

 

Sekian, terima kasih.