Warna Tema    
Saiz Tulisan -A A +A
 
  1. Berada di dalam bilik bicara sebelum pukul 9.00 pagi atau pada masa yang telah ditetapkan oleh mahkamah.
  2. Bangun dan tunduk hormat apabila Hakim/Majistret masuk dan meninggalkan bilik bicara.
  3. Tampil ke hadapan apabila nama anda dipanggil oleh jurubahasa.
  4. Berikan sepenuh perhatian anda kepada prosiding yang sedang berjalan.
  5. Dilarang membuat bising semasa mahkamah bersidang.
  6. Tunduk hormat ketika hendak masuk dan keluar dari mahkamah yang sedang bersidang.
  7. Kanak-Kanak tidak dibenarkan untuk dibawa ke dalam bilik bicara kecuali jika diarahkan oleh mahkamah.
  8. Sebarang jenis senjata adalah tidak dibenarkan.
  9. Sebarang rakaman samada dalam bentuk audio atau visual adalah tidak dibenarkan.
  10. Telefon bimbit, alat keluli dan lain-lain alat elektronik yang boleh menghasilkan bunyi hendaklah dimatikan.

Waktu
Pukul 8.30 pagi atau Atas arahan masa yang ditentukan oleh Mahkamah.

Etika Berpakaian
Pakaian yang bersih dan kemas. Pakaian yang tidak menjolok mata. Anda dilarang memakai:

  1. Seluar/skirt pendek
  2. Jeans
  3. Selipar
  4. Topi Keledar
  5. Cermin mata hitam
  6. Jaket kulit/jaket denim /baju kemeja tanpa lengan
  7. Pakaian warna terang dan sarat dengan perhiasan

Dokumen-Dokumen

  1. Pengenalan Diri
    Sekiranya anda adalah seorang warganegara Malaysia anda dikehendaki membawa Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran. Sekiranya anda adalah seorang warganegara Asing anda dikehendaki membawa Pasport Antarabangsa atau dokumen-dokumen yang berkaitan.
  2. Anggota-Anggota Kerajaan
    Sila bawa bersama anda kad kuasa jabatan dan dokumen yang berkaitan.
  3. Pemilik Syarikat
    Kemukakan Sijil Pendaftaran Syarikat dan dokumen-dokumen yang berkaitan.
  4. Wakil Syarikat
    Surat Perwakilan mesti dibawa bersama.
  5. Pemilik Hartanah
    Sila kemikakan geran dan dokumen-dokumen yang berkaitan.
  6. Sijil Sakit
    Pastikan sijil sakit menyatakan anda tidak sihat untuk hadir ke Mahkamah.

PERANAN TANGGUNGJAWAB SAKSI DI MAHKAMAH
Saksi adalah seseorang yang akan memberi keterangan mengenai sesuatu fakta berkaitan dengan kes yang berkenaan. Seseorang yang diserahkan dengan sapina oeh mahkamah adalah seorang saksi dan beliau mestilah hadir ke Mahkamah untuk memberi keterangannya. Sekiranya gagal hadir Waran Tangkap boleh dikeluarkan terhadap beliau. Tujuan saksi hadir ke Mahkamah adalah untuk mengemukakan keterangan secara lisan atau secara dokumen mengenai sesuatu fakta supaya Mahkamah dapat membuat keputusan berdasarkan keterangan - Keterangan yang diberikan.

APAKAH YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEBELUM KE MAHKAMAH
Pastikan tarikh/waktu dan tempat perbicaraan tersebut (Sila rujuk pada sapina).
Sekiranya anda dikehendaki mengemukakan apa-apa dokumen tersebut disediakan dan dibawa pada hari perbicaraan. Rancanglan perjalanan anda, supaya anda sampai ke Mahkamah sebelum 9.00 pagi.
Anda hendaklah berpakaian kemas, sopan dan tidak menjolok mata.

TANGGUNGJAWAB SAKSI SEMASA MEMBERI KETERANGAN DI MAHKAMAH
Gunakan bahasa yang difahami untuk memberi keterangan. (Jurubahasa akan disediakan untuk bahasa-bahasa selain daripada Bahasa Malaysia).
Angkat sumpah di dalam kandang saksi dengan suara yang kuat dan jelas sambil mengangkat tangan kanan paras bahu. Kemukakan kad pengenalan/kad kuasa/pasport melalui Jurubahasa untuk rujukan dan rekod Mahkamah.
Hendaklah mendengar dengan teliti soalan-soalan Pendakwa/Peguam dan jawab apa yang ditanya sahaja. Jika ada sebarang soalan yang tidak difahami atau tidak jelas, dapatkan penjelasan.
Pastikan jawapan/keterangan yang diberikan adalah secara jujur dan benar. Saksi adalah terikat dengan sumpah untuk berkata benar. Bawa bersama-sama dokumen-dokumen yang akan dikemukakan ke kandang saksi. Dapatkan keizinan Mahkamah sekiranya ingin merujuk dokumen.
Sekiranya keterangan belum selesai/saksi tidak sempat memberi keterangan, sila pastikan tarikh sambung perbicaraan dicatatkan kerana saksi perlu hadir pada tarikh tersebut.

Apakah Surat Kuasa Wakil
Surat Kuasa Wakil (Power of Attorney) ialah suatu instrumen pelantikan wakil kuasa oleh Pemberi Kuasa kepada Penerima Kuasa untuk sesuatu tujuan tertentu.
Pemberian kuasa boleh dibuat secara am atau secara khusus dengan kuasa yang diberikan sama ada kuasa boleh batal atau kuasa tidak boleh batal mengikut keperluan/keadaan masing-masing.
Pelantikan Wakil Kuasa/Penerima Kuasa perlu dinyatakan dengan jelas dan terang di dalam dokumen Surat Kuasa Wakil.

Siapa Yang Boleh Mendaftar Dokumen Surat Kuasa Wakil.
Sama ada Pemberi Kuasa atau Penerima Kuasa mendaftar sendiri atau diwakili oleh Peguam dalam urusan pendaftaran dengan mengemukakan permohonan pendaftaran dokumen tersebut di kaunter Pejabat Pendaftaran Surat Kuasa Wakil, Mahkamah Tinggi Malaya, Kuala Lumpur atau mana-mana Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi di seluruh Semenanjung Malaysia.

Bahasa Surat Kuasa Yang Boleh Didaftarkan.
Di bawah Akta suatu Surat Kuasa Wakil yang ingin dan layak didaftarkan, hendaklah di dalam versi Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Inggeris.
Akta juga memberi kelonggaran kepada penggunaan lain-lain bahasa dengan syarat, naskah Surat Kuasa Wakil itu wajib disertakan bersama-sama terjemahannya ke dalam Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Inggeris dan hendaklah disahkan oleh Jurubahasa yang bertugas di Mahkmah atau melalui Akuan Berkanun (Statory Declaration) daripada mereka yang berkelayakan untuk menterjemah daripada bahasa di mana instrument itu itu ditulis.

Pengesahan Tandatangan/Akusaksi Ke Atas Surat Kuasa Wakil
Ditandatangani di Malaysia Barat

Jika Surat Kuasa Wakil dilaksanakan di Malaysia Barat, ia hendaklah disahkan oleh mana-mana pegawai berikut:

  • Majistret
  • Jaksa Pendamai
  • Pentadbir Tanah
  • Penyaksi Awam
  • Pesuruhjaya Sumpah
  • Peguambela dan Peguamcara yang beramal di Malaysia Barat
  • Pegawai Syarikat yang menjalankan tugas-tugas bank yang didaftarkan di bawah Undang-Undang bertulis Malaysia
  • Ditandatangani di Luar Malaysia Barat

Jika Surat Kuasa Wakil tersebut dilaksanakan di luar Malaysia Barat, ianya hendaklah disaksikan oleh mana-mana pegawai berikut:

  • Penyaksi Awam
  • Pesuruhjaya Sumpah
  • Mana-mana Hakim
  • Majistret
  • Konsul British atau Timbalan
  • Wakil kepada Ratu Britain
  • Mana-mana Pegawai Konsular Malaysia di luar negara
  • Pesuruhjaya Haji, jika dilaksanakan di Saudi Arabia
  • Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Agong Singapura atau pegawai syarikat yang menjalankan tugas-tugas bank di Republik Singapura dan diperbadankan oleh dan di bawah Undang-Undang bertulis Republik berkenaan.

Bagaimana Bentuk Pengesahan Harus Dibuat
Seksyen 3 dan Jadual Pertama Akta Surat Kuasa Wakil 1949 memperuntukkan bentuk pengesahan adalah seperti berikut:

Jika dilaksanakan oleh Individu
Dengan menggunakan format pengesahan di Borang 1, Jadual Pertama Akta.

Jika dilaksanakan oleh Syarikat
Dengan menggunakan format pengesahan di Borang 11, Jadual Pertama Akta.
Setiap Surat Kuala Wakil yang lengkap seharusnya disetemkan terlebih dahulu di Pejabat Hasil dan Setem di negeri-negeri Malaysia Barat sebelum dikemukakan untuk pendaftaran di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Malaya.

Cara Pendaftaran Dokumen Surat Kuasa Wakil

  1. Dua(2)set dokumen Surat Kuasa Wakil perlulah disediakan:
    1. Satu(1)salinan asal dokumen Surat Kuasa Wakil (untuk simpanan sendiri; dan
    2. Satu(1)salinan pendua dokumen Surat Kuasa Wakil(untuk difailkan dan diserahkan ke mahkamah)
  2. Penurunan tandatangan Pemberi Kuasa mestilah disaksikan oleh pihak-pihak tertentu:
    1. di Semenanjung Malaysia;
      1. Majistret;
      2. Jaksa Pendamai;
      3. Pentadbir Tanah;
      4. Notari Awam;
      5. Pesuruhjaya Sumpah;
      6. Peguambela dan Peguamcaracara; atau
      7. Pegawai bagi syarikat yang menjalankan tugas-tugas bank yang berdaftar di bawah undang-undang bertulis di Semenanjung Malaysia.

      Dokumen Surat Kuasa Wakil yang disempurnakan oleh saksi-saksi diatas mestilahdalam borang yang diperuntukkan dalam Akta Surat Kuasa Wakil 1949 seperti berikut;

      • BORANG I : Format Pengesahan untuk individu
      • BORANG II : Format Pengesahan untuk Syarikat
    2. di luar Semenanjung Malaysia:

      Akta Surat Wakil 1949 tidak memperuntukkan format khas yang perlu diikuti, tetapi suatu bentuk pengesahan penyaksian oleh saksi-saksi di atas perlulah disertakan.

      1. Notari Awam;
      2. Pesuruhjaya Sumpah;
      3. Mana-mana Hakim;
      4. Majistret;
      5. Konsul British atau Naib-Konsul British;
      6. Wakil kepada Baginda atau Ratu Britain;
      7. Konsul Malaysia;
      8. Bagi dokumen yang disempurnakan di Arab Saudi oleh Pesuruhjaya Ziarah Malaysia;
      9. Bagi dokumen yang disempurnakan di Singapura oleh Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Agong Singapura; atau
      10. Bagi dokumen yang disempurnakan di Singapura oleh Pegawai bagi syarikat yang menjalankan tugas-tugas bank di Republik Singapura dan diperbadankan menurut mana-mana undang-undang bertulis Republik itu.

Pembatalan Surat Kuasa Wakil
Melalui Notis Pembatalan
Setiap instrumen yang memberi kuasa wakil di mana salinan telah disimpan atau didaftarkan di pejabat Penolong Kanan Pendaftar menurut Akta hendaklah terus berkuatkuasa sehinggalah:

  • Notis bertulis mengenai pembatalannya diterima daripada pemberikuasa
  • Notis bertulis mengenai pelepasannya diterima daripada penerima kuasa
  • Pemberi atau penerima kuasa meninggal dunia
  • Penerima kuasa menjadi tidak siuman
  • Pemberi kuasa telah diisytiharkan sebagai tidak siuman
  • Pemberi kuasa diisytiharkan bankrap

Setiap notis pembatalan hendaklah difailkan bersama salinan asal Surat Kuasa Wakil yang hendak dibatalkan. Setiap pendaftaran pembatalan akan dikenakan bayaran sebanyak RM10/- bagi tujuan pemprosesannya.

Surat Kuasa Wakil Kekal
Surat Kuasa Wakil kekal (Irrevocable Power of Attorney) ialah di mana dinyatakan samada Surat Kuasa Wakil tersebut “Kekal” atau “Tidak boleh terbatal untuk tempoh tertentu” (Irrevocable for fixed time),tidak akan terbatal dengan kematian pihak-pihak, tidak siuman atau kebankrapan dan sebagainya.
Jumlah Bayaran Untuk Pendaftaran Dokumen Surat Kuasa Wakil Dan Dokumen Pembatalan Surat Kuasa Wakil

Pembayaran bagi pendaftaran dokumen Surat Kuasa Wakil dan dokumen Surat Kuasa Wakil adalah seperti berikut:

  1. Pendaftaran dokumen Surat Kuasa Wakil:
    • Pendaftaran RM25
    • Deposit RM10
    • Setiap helaian sebelum
    • bahagian penyempurnaan RM2
  2. Pendaftaran dokumen pembatalan Surat Kuasa Wakil:
    • Pendaftaran RM10
    • Setiap helaian sebelum
    • bahagian penyempurnaan RM2

Peringatan
Risalah ini hanya maklumat secara am mengenai Suat Kuasa Wakil dan cara mendaftarkannya seperti yang digambarkan adalah secara ringkas serta tertakluk kepada pindaan akta dan peraturan semasanya.

Persediaan Untuk Perbicaraan Di Mahkamah Rendah

  1. Apakah itu perbicaraan?
    Perbicaraan ialah satu proses pengumpulan fakta sebelum sesuatu keputusan dibuat oleh Majistret atau hakim.
  2. Apa itu tuntutan sivil?
    Tuntutan sivil adalah pertikaian di antara dua atau lebih pihak yang melibatkan isu perundangan.
    Contoh tuntutan sivil:
    • Gantirugi untuk kecederaan diri
    • Kemalangan jalanraya
    • Pelanggaraan kontrak
    • Pertikaian mengenai harta
    • Pertikaian di antara tuan tanah dan penyewa
  3. Adakah saya boleh mewakili diri sendiri tanpa peguam?
    • Ya, setiap orang mempunyai hak untuk mewakili diri sendiri di mahkamah.
    • Kerumitan isu-isu khusus dan risiko yang ada perlu dipertimbangkan jika anda ingin meneruskan kes tanpa peguam.
    • Sekiranya anda mengalami kesukaran apabila mewakili diri sendiri ketika kes sedang berjalan, anda masih mempunyai pilihan untuk melantik peguam.
    • Walaubagaimanapun, bagi nilai tuntutan berjumlah di bawah RM5000 (Kes Tuntutan Kecil), anda diwajibkan mewakili diri sendiri.
    • Badan-badan korporat hanya boleh memulakan atau membela diri dalam tindakan sivil melalui peguam.
    • Kenal pasti dan ketahui undang-undang dan prosedur yang terpakai kepada kes.
    • Patuhi tempoh masa untuk pemfailan dan penyerahan dokumen.
    • Sentiasa bersedia untuk perbicaraan.
  4. (4) Di mana saya hendak memfailkan tuntutan sivil?
    Tuntutan hendaklah difailkan di pejabat pendaftaran mahkamah yang berkaitan. Jumlah fi tertentu hendaklah dibayar.
  5. Apakah tindakan saya yang seterusnya?
    Setelah tuntutan difailkan, anda perlu menyerahkannya kepada pihak yang satu lagi dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Sebelum Perbicaraan
Pihak-pihak hendaklah memfailkan ikatan dokumen dan ikatan pliding yang mengandungi penyataan tuntutan, penyataan
pembelaan, tuntutan balas (jika ada) dan jawapan.
Pihak-pihak hendaklah saling bertukar ikatan dokumen tersebut sekurang-kurangnya 14 hari sebelum perbicaraan.

Semasa Perbicaraan

Apakah yang berlaku semasa perbicaraan?

  • Plaintif - Pihak menuntut
  • Defendan - Pihak dituntut
  • Plaintif mesti membuktikan tuntutannyaterhadap Defendan.
  • Plaintif akan memanggil saksi untuk memberi keterangan semasa pemeriksaan utama2. Saksi ini akan disoal dalam pemeriksaan balas3 oleh Defendan dan kemudiannya akan disoal semula oleh Plaintif di dalam pemeriksaan semula4.
  • Defendan pula kaan memanggil saksinya. Defendan perlu menimbulkan dan membuktikan pembelaan terhadap apa yang dituntut oleh Plaintif.
  • Selepas kedua-dua belah pihak menutup kes masing-masing, hujahan5 akan diberikan.

Selepas Perbicaraan

Selepas pihak-pihak menggulung kes masing-masing, di akhir perbicaraan keputusan akan diberikan.

Apakah itu keputusan?

Keputusan adalah penghakiman atau perintah mahkamah. Ia akan diberikan serta-merta selepas penutupan perbicaraan ataupun pada hari yang lain. Jika diberikan pada hari lain, pihak-pihak akan dimaklumkan untuk hadir pada tarikh tersebut.

Apa akan berlaku jika salah satu pihak tidak melaksanakan keputusan mahkamah?
Perintah pelaksanaan hendaklah dipohon oleh pihak yang terkilan.

Bagaimana jika saya tidak berpuas hati dengan penghakiman?
Rayuan boleh difailkan. Bagi rayuan ke Mahkamah Tinggi, Notis Rayuan mesti difailkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh
penghakiman diberikan di pejabat pendaftaran mahkamah di mana keputusan tersebut dibuat.

  1. Semua dokumen yang hendak dirujuk semasa perbicaraan seperti laporan polis, laporan perubatan dan gambar-gambar yang dikumpulkan dalam satu ikatan.
  2. Pemeriksaan seseorang saksi oleh pihak yang memanggilnya.
  3. Pemeriksaan seseorang saksi oleh pihak lawan.
  4. Jika seseorang saksi telah diperiksa balas dan kemudiannya diperiksa oleh pihak yang telah memanggilnya.
  5. Kesimpulan bagi semua keterangan dan hujah-hujah pihak-pihak di akhir perbicaraan.
  1. Siapakah yang dibenarkan untuk menjadi Penjamin?
    • Penjamin mestilah warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun keatas.
    • Penjamin bukan bekerja sebagai kakitangan kerajaan.
  2. Apakah yang diperlukan untuk menggunakan eJamin?
    Anda perlu ada akaun perbankan atas talian dan email yang sah.
  3. Adakah saya perlu menggunakan akaun bank peribadi?
    Ya,nama pemilik akaun bank harus sama dengan nama penjamin.
  4. Berapakah jumlah maksimum transaksi yang boleh dibayar menggunakan eJamin?
    Minimum RM1 sehingga RM30,000
  5. Adakah saya perlu membayar caj perkhidmatan untuk eJamin?
    Tiada caj perkhidmatan yang dikenakan.
  6. Bagaimana cara untuk melayari eJamin?
    Sila ke browser di telefon bimbit anda dan layari ejamin.my
  7. Bagaimana cara untuk mengisi maklumat di dalam eJamin?
    • Untuk kad pengenalan,pastikan diisi tanpa tanda sengkang (-)
    • Untuk nombor kes,pastikan diisi lengkap seperti yang diterima daripada kakitangan mahkamah.
    • Untuk alamat, sila isikan alamat surat-menyurat terkini.
    • Untuk nombor telefon ,pastikan diisi tanpa sengkang (-) dan tanpa kod Negara.
  8. Adakah boleh sekiranya terdapat 2 atau lebih penjamin untuk 1 kes:
    • Boleh menggunakan eJamin.
    • (Contoh kes : Jumlah jaminan RM6,000, dua(2) penjamin)
    • Isikan amaun jaminan sebagai jumlah keseluruhan jamin iaitu RM6,000.
    • Di ruangan jumlah perlu dibayar,penjamin A dan penjamin B boleh mengisi amaun yang ingin dibayar dan pastikan jumlah adalah sama dengan jaminan keseluruhan.

    (Pastikan pembayaran dilakukan menerusi akaun bank masing-masing)

  9. Adakah boleh sekiranya terdapat 2 atau lebih OKT untuk 1 kes
    • Boleh menggunakan eJamin.
    • (Contoh kes: 1 kes 2 OKT dengan jumlah jaminan RM2,000 (OKT 1) dan RM3,000 (OKT 2).
    • Penjamin A menjamin OKT 1 , penjamin B menjamin OKT 2
    • Masukkan maklumat seperti biasa,penjamin perlu masukkan kod B1/B2 untuk OKT1/OKT2
    • (Contoh nombor kes: AL-83-170-08/2020B1 untuk OKT 1 ,AL-83-170-08/2020B2 untuk OKT 2)